My Add

Sunday, 23 February 2014

17,000 penerima tolak pemberian BR1M 3.0

IPOH, AHAD, 23 Februari, 2014: Seramai 17,000 orang yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 secara jujur menolak bantuan kali ini kerana pendapatan mereka sudah melepasi had yang ditetapkan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, mereka yang merupakan penerima BR1M tahun lalu memaklumkan terus kepada kerajaan tidak mahu menerima bantuan kali ini kerana merasakan mereka bukan lagi keluarga yang susah.

"BR1M kali ini membuktikan masyarakat kita semakin matang. Mereka jujur dan ikhlas tidak mahu menerima BR1M kerana merasakan mereka tidak layak," katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Program BR1M Parlimen Tambun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelapang Jaya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment