My Add

Thursday, 29 May 2014

12 suspek termasuk gadis ditahan

Oleh MOHD. HAFIZ. ABD. MUTALIB

 * DUA suspek ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung dua pelajar dirogol oleh 38 individu di Ketereh, 20 Mei lalu di Mahkamah Majistret, Kota Bharu, semalam. - UTUSAN/Irwan Majid
KOTA BHARU, RABU 28 Mei, 2014: Seramai 12 individu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dua pelajar dirogol oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong di Ketereh di sini, Selasa lalu.

Salah seorang yang ditahan ialah seorang remaja berusia 15 tahun yang dipercayai turut menjadi mangsa rogol dalam kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kesemua suspek berusia 17 hingga 40 tahun itu ditahan di Kampung Hutan Pasir dan Kampung Padang Lembek, Ketereh. pada semalam dan awal pagi ini.

"Empat suspek yang ditahan semalam, direman selama enam dan tujuh hari bermula hari ini dan kita akan mendapatkan perintah tahanan reman untuk lapan lagi suspek pagi esok. Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Pemeriksaan kita mendapati 11 lelaki yang ditahan positif dadah dan kita juga akan menjalankan ujian air kencing terhadap gadis yang ditahan itu," katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Kota Bharu di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan seorang remaja perempuan berdepan pengalaman menakutkan apabila dia dan rakannya menjadi mangsa 'kenduri seks' 38 lelaki di sebuah rumah kosong di Ketereh di sini, 20 Mei lalu.

Mangsa yang berumur 15 tahun itu seterusnya telah membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh, semalam.

Sementara itu, Azham berkata, polis turut menubuhkan sebuah pasukan siasatan khas bagi memburu suspek lain yang dipercayai sedang bersembunyi.

Katanya, kes rogol yang melibatkan 38 individu itu adalah luar biasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Kita akan terus memburu suspek-suspek itu dan percaya mereka akan dapat diberkas dalam tempoh terdekat," katanya.

Tambah beliau lagi, hasil siasatan awal yang dijalankan pihaknya, mangsa telah dirogol dan disyaki turut diliwat di sebuah rumah kosong yang dijadikan lokasi penagihan dadah oleh suspek-suspek.

Menurut beliau, pihaknya percaya suspek-suspek juga berada di bawah pengaruh dadah sehingga sanggup melakukan perbuatan kejam itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment