My Add

Wednesday 28 May 2014

Islam menolak kebebasan melampaui batas - Muhyiddin

Oleh HUSSAINI AMRAN

KUALA LUMPUR, RABU 28 Mei, 2014: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, Islam menolak kebebasan melampaui batas yang bertentangan dengan prinsip dan nilai agama serta mendatangkan kemudaratan kepada manusia.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penolakan itu merangkumi hak bagi orang Islam untuk kufur kepada Allah SWT atau meninggalkan agama Islam di atas nama kebebasan beragama.

Menurut beliau, perbuatan itu adalah bertentangan dengan prinsip asas akidah Islam yang menyeru umat Islam supaya memelihara keimanan dan ketakwaan terhadap Allah SWT.

"Begitu juga dengan hak untuk berkahwin bagi pasangan berlainan agama serta mengamalkan gaya hidup gay, lesbian dan transgender.

"Amalan-amalan ini adalah jelas bercanggah dengan syariat dan tidak diiktiraf sebagai hak yang perlu dipelihara di dalam Islam," katanya ketika berucap merasmikan Kongres Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam di Dewan Canselor Tunku Abdul Rahman, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment