My Add

Wednesday 28 May 2014

Najib kagum Masjid Besar Xi'an berusia 1,200 tahun

XI'AN (China), RABU 28 Mei, 2014: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menzahirkan rasa kagumnya dengan Masjid Besar Xi'an yang berusia 1,200 tahun ketika mengunjunginya di ibu kota wilayah Shaanxi, yang terletak di barat Laut China.

Beliau menyifatkan masjid itu sebagai satu peringatan nyata bahawa Islam telah wujud bersama-sama agama lain di China sejak sekian lama.

"Islam adalah agama yang aman dan harmoni, ia terus bertahan sehingga hari ini berikutan tahap toleransi dalam kalangan masyarakat China," kata beliau kepada wartawan Malaysia di sini.

Sejurus tiba di masjid itu, Najib dan anggota rombongannya disambut oleh Imam Masjid Besar Xi'an, Ding Jiping.

Selepas melawat masjid itu, Najib menyampaikan sumbangan Kerajan Malaysia berjumlah AS$10,000 kepada masjid itu bagi tujuan pemeliharaan warisan.

Pagi tadi, Najib merasmikan Minggu Pesta Makanan Halal Malaysia-Xi'an Ketiga di Jalan Beiyuanmen (Jalan Muslim) dan melawat gerai-gerai Malaysia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment