My Add

Thursday 29 May 2014

PRK Parlimen Teluk Intan tetap 31 Mei

TELUK INTAN, RABU 28 Mei, 2014: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan akan diteruskan mengikut tarikh yang telah diwartakan iaitu 31 Mei ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh bagaimanapun berkata, semua pihak yang bertanding diminta menjaga tutur kata dan tingkah laku ketika kempen yang masih berbaki dua hari sebagai menghormati kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini.

"SPR juga menyarankan semua pihak terlibat agar berkempen mengikut kehendak undangundang, peraturanperaturan dan tata etika pilihan raya tanpa menimbulkan isuisu sensitif yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati manamana pihak," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sementara itu, Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong berkata, sebagai menghormati kemangkatan Sultan Azlan Shah, pihaknya akan membatalkan beberapa program selain mengurangkan aktiviti kempen yang telah dirangka parti itu.

"Selain itu, kami akan menunggu sebarang pengumuman rasmi daripada istana berhubung protokol yang perlu diikuti," katanya.

Calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud pula bertindak membatalkan semua aktiviti kempennya hari ini. -  UTUSAN 

No comments:

Post a Comment