My Add

Thursday 29 May 2014

Jangan terpengaruh manifesto pembangkang - Shafie

 * SHAFIE Apdal berkunjung ke rumah Saari Imos (kiri) ketika program kunjungan mesra di Kampung Kerawai, Teluk Intan, Perak, semalam. - BERNAMA
TELUK INTAN, RABU 28 Mei, 2014: Naib Pre-siden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menasihatkan penduduk Teluk Intan supaya tidak terpengaruh dengan manifesto DAP yang dianggapnya sebagai "janji tidak perlu ditunaikan" pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Beliau berkata, manifesto yang diuar-uarkan itu tidak ubah seperti yang dikemukakan di negeri Sela-ngor kerana hanya merupakan janji-janji manis.

"Cuba lihat dua penggal parti DAP memegang Parlimen ini, tiada pembangunan yang dibuatnya dalam tempoh itu. Semua kemudahan infrastruktur termasuk sekolah dan lampu jalan, dibuat oleh kerajaan.

"PRK kali ini adalah untuk memilih wakil rakyat dan bukannya membentuk kerajaan. Di sinilah peranan pengundi dalam memastikan kebajikan masyarakat terbela," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program kunjungan mesra penduduk di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Sungai Kerawai di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Shafie yakin calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong mampu membawa perubahan di Teluk Intan dengan merancakkan lagi aktiviti perniagaan di sini berasaskan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Malah katanya, Siew Keong yang juga anak tempatan, merupakan calon paling layak untuk berkhidmat kepada masyarakat di sini.

"Kita mempunyai calon yang berpengalaman dan mempunyai hubungan baik dengan kerajaan. Dengan hubungan yang sedia terjalin, saya yakin ini dapat membantu rakyat di sini untuk memperluaskan lagi industri PKS di sini," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment