My Add

Wednesday 28 May 2014

Semua kempen BN di PRK Teluk Intan ditangguhkan

BANGI, RABU 28 Mei, 2014: Semua kempen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan, Perak, ditangguhkan serta-merta, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, kempen pilihan raya kecil itu ditangguhkan sehingga selesai istiadat pemakaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

"Semua majlis yang bakal kita adakan akan ditukar kepada majlis bacaan tahlil dan Yasin. Bagi pimpinan BN bukan Islam kita serah kepada mereka untuk mengikut cara agama masing-masing," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sultan Azlan Shah mangkat pada pukul 1.30 tengah hari ini dan akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment