My Add

Thursday 29 May 2014

Siew Keong tekad sambung projek tebatan banjir

TELUK INTAN, RABU 28 Mei, 2014: Peristiwa dimarahi penduduk Pasir Bedamar yang terpaksa mengusung dan mengangkat jenazah rakan mereka lebih tinggi akibat banjir kilat memberi tamparan hebat kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong sehingga kini.

Siew Keong memberitahu, kejadian itu berlaku 17 tahun lalu sewaktu beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan tersebut dan peristiwa itu benar-benar mengubah persepsinya tentang masalah setempat.

Sejak itu, katanya, beliau bertekad untuk melakukan sesuatu bagi membantu menumpaskan "musuh paling besar" penduduk Teluk Intan itu walau dengan apa cara sekalipun.

"Akibat terlalu marah, pada masa itu saya nyaris dipukul mereka. Peristiwa itu sentiasa berlegar-legar dan menghantui pemikiran.

"Ketika itulah saya bertekad memastikan masalah banjir yang sering berlaku di sini dan kebanyakan kawasan di Teluk Intan berjaya di-selesaikan. Tidak kiralah apa cara sekalipun, yang penting tidak lagi berlaku," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Hasil usahanya, jelas Siew Keong, beliau berjaya mendapatkan peruntukan daripada kerajaan untuk membina benteng bagi mengatasi masalah yang sering menghantui penduduk itu.

Beliau memberitahu, Teluk Intan pada satu masa dahulu dikenali sebagai "bandar terapung" berikutan sering dilanda banjir kilat.

Jelas Siew Keong, projek fasa pertama dan kedua program tebatan banjir membabitkan kos sebanyak RM30 juta itu dilakukan semasa beliau menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan iaitu pada 1999 hingga 2008.

"Hasil perlaksanaannya, masalah banjir kilat berjaya dikurangkan sebanyak 80 hingga 90 peratus.

"Saya bangga dengannya dan saya rasa penduduk Teluk Intan juga amat menghargai apa yang te-lah saya lakukan itu," katanya.

Bagaimanapun, jelas Siew Ke-ong, projek tebatan banjir yang mempunyai lima fasa membabitkan kos kira-kira RM100 juta itu hanya dapat dilaksanakan separuh jalan berikutan kekalahannya pada pilihan raya umum 2008.

Siew Keong berkata, projek itu harus diteruskan memandangkan benteng lama perlu diperbaiki bagi mengelak kejadian banjir berulang kerana Teluk Intan terletak di antara muara Sungai Perak di utara dan muara Sungai Bernam di selatan serta Selat Melaka di sebelah barat.

"Sekarang ini, apa yang saya lihat banyak benteng yang dibuat dulu itu telah rosak selain perlu ditambah baik.

"Sedih hati saya kerana perancangan itu terpaksa "diberhentikan". Apa yang saya harap ketika ini rakyat Teluk Intan memberi peluang untuk saya meneruskan kerja saya. Mereka tahu, hanya dengan memilih BN perkara itu dapat direalisasikan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment