My Add

Wednesday 28 May 2014

Felcra bantu koperasi berdaya maju

TEMERLOH, RABU 28 Mei, 2014: Felcra Berhad (Felcra) bercadang melaksanakan pemberian konsesi kepada koperasi agensi itu selain tender dan kontrak yang diberikan pada masa ini, bagi membolehkannya terus berdaya maju.

Ahli Majlis Felcra yang juga Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, pemberian konsesi dilihat mampu membantu sesebuah koperasi untuk kukuh dan berdaya saing dalam jangka masa panjang.

"Kalau diberi kontrak secara konsesi, koperasi boleh membuat perancangan setiap tahun contohnya dalam pembelian aset-aset yang dapat memajukan lagi koperasi tersebut.

"Sehubungan itu, kita telah membuat cadangan dalam mesyuarat baru-baru ini supaya kerja dalam Felcra diberi konsesi dan diharap akan dapat dilaksanakan," katanya ketika berucap dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Peserta Felcra Berhala Gantang Berhad di Dewan Sri Mentakab di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Felcra negeri, Datuk Hazrinor Hisham Haron. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment