My Add

Wednesday 28 May 2014

PRK Teluk Intan: Pas usaha pastikan Melayu-Islam sokong DAP

Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

TELUK INTAN, RABU 28 Mei, 2014: Jentera kempen parti Pas berusaha untuk mengekalkan sokongan Melayu-Islam ke atas calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, pendirian Dyana Sofya terhadap hukum hudud bukan satu isu kepada Pas dan mendakwa tidak mendatangkan kesan ke atas sokongan akar umbi parti itu.

"Dalam masyarakat berpendidikan, isu ini tidak terbabit. Kita masih lagi dalam Pakatan Pembangkang dan kita telah bersetuju pada perkara dasar.

"Ini isu konvensional. Tidak perlu difikirkan." jawab Salahuddin ketika majlis ramah mesra dengan media di Kampung Padang Tembak di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Pas berpuas hati jika sokongan orang Melayu-Islam kepada calon DAP dapat dikekalkan.

"Kita berusaha membantu Dyana Sofya dan berhasrat mempertahankan jumlah undi Melayu-Islam," kata Mahfuz.

Pas dilihat terbeban untuk menarik sokongan Melayu-Islam apabila Dyana Sofya secara terangan menegaskan tidak akan memberi sokongan perlaksanaan hudud di Parlimen sekiranya dipilih kelak.

Mahzuf yang ditanya mengenai pendirian Dyana Sofya itu berkata, Pas tidak ada masalah dengan pandangan calon DAP itu. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment