My Add

Tuesday 11 October 2011

Anugerah Merdeka iktiraf bakat belia 2012


Oleh Faiza Zainudin
Berita Harian

NAJIB bersalam dengan penerima anugerah Merdeka 2011 (dari kiri) Prof Dr Mak Joon Wah, Prof Datuk Dr Goh Khean Lee dan Datuk Dr Kenneth Yeang.
NAJIB bersalam dengan penerima anugerah Merdeka 2011 (dari kiri) Prof Dr Mak Joon Wah, Prof Datuk Dr Goh Khean Lee dan Datuk Dr Kenneth Yeang.
Geran khusus kepada graduan ijazah bidang terpilih

SELASA, 11 Oktober, 2011: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan Geran Anugerah Merdeka untuk Lampiran Antarabangsa, iaitu satu program baru Anugerah Merdeka yang akan diperkenalkan mulai tahun depan.
Perdana Menteri berkata, pada peringkat permulaan seorang penerima rakyat Malaysia berusia 22 hingga 35 tahun yang layak akan menerima geran pada 2012 dan diikuti dua penerima pada setiap tahun bagi menggalak, membangun dan mengembangkan bakat di kalangan generasi muda.
Beliau berkata, geran itu khusus kepada graduan lepasan ijazah daripada bidang terpilih seperti pendidikan, seni, sukan, komuniti dan kerja sosial, alam sekitar, kesihatan dan sains teknologi.

“Dengan inisiatif ini, penganjur berhasrat untuk mengenal pasti dan mengiktiraf kecemerlangan bakat generasi muda atas semangat merdeka dan juga komitmen mereka dalam memberi sumbangan kepada masyarakat dan pembangunan negara.

“Generasi muda adalah masa depan kita dan adalah penting untuk kita beri tunjuk ajar dan sediakan mereka peluang dan kemudahan bagi mereka meneruskan minat di institusi global,” katanya pada majlis Anugerah Merdeka 2011 di Dewan Filharmonik Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, malam tadi.

Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas.
Pada majlis itu, Perdana Menteri yang juga penaung Anugerah Merdeka, iaitu anugerah kecemerlangan tertinggi negara, menyampaikan anugerah berkenaan kepada tiga rakyat Malaysia, termasuk dua pakar perubatan atas pencapaian dan sumbangan besar mereka kepada rakyat dan negara.

Dua pakar itu yang berkongsi kemenangan bagi kategori Pencapaian Akademik Cemerlang ialah Prof Datuk Dr Goh Khean Lee dan Prof Dr Mak Joon Wah.
Seorang lagi penerima ialah Datuk Dr Kenneth Yeang yang dinobatkan pemenang bagi kategori Persekitaran.

Dr Goh, dipilih berdasarkan sumbangan cemerlang dalam meningkat kajian dan amalan gastroenterologi dan hepatologi di Malaysia untuk piawaian global, manakala Dr Mak untuk asas cemerlang dan penyelidikan gunaan dalam parasitologi dan penyakit berparasit, kesihatan awam dan patologi.

Pemilihan Dr Kenneth pula atas sumbangan cemerlang bagi pembangunan kaedah rekaan untuk reka bentuk ekologi dan perancangan persekitaran binaan.

No comments:

Post a Comment