My Add

Monday 17 October 2011

Barisan Nasional perlu letak kepentingan parti lebih tinggi

Utusan Malaysia
ISNIN, 17 Oktober, 2011: Semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan kepentingan gabungan itu melebihi parti masing-masing dalam usaha membentuk barisan mantap yang disokong oleh rakyat.

Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Syed Ibrahim Kader berkata, perbuatan parti komponen yang tidak membantu sesama sendiri masih berlaku disebabkan masing-masing mahu menolong ahli parti mereka sahaja.

Katanya, perbuatan itu sebenarnya tidak akan membantu BN menarik kembali sokongan kepadanya malah, boleh memberikan masalah yang lebih besar.

"Masalah ini boleh ditangani dengan semua pihak meletakkan kepentingan BN lebih tinggi daripada parti masing-masing," katanya ketika berucap pada Konvensyen BN 2011 peringkat Negeri Sembilan, di Seremban, semalam.

Sementara itu, Presiden Barisan Kemajuan India Se Malaysia (IPF), M. Sambanthan meminta masalah rumah bagi bekas pekerja ladang diberi perhatian oleh kerajaan dengan mendirikan rumah kos rendah untuk mereka.

Beliau berkata, masalah tersebut masih berlaku di kalangan pekerja yang sudah mencapai usia bersara dan sekian lama tinggal di rumah yang disediakan oleh pemilik ladang.

"Masalah seperti ini yang memerlukan semua pemimpin dan ahli BN bekerja keras bagi memastikan rakyat di semua peringkat merasa terbela," katanya.

No comments:

Post a Comment