My Add

Friday 7 October 2011

Belanjawan 2012 menangani kos sara hidup rakyat.

MENURUT penganalisis, Belanjawan 2012 yang akan dibentang oleh Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rajyat petang ini, dijangka menggariskan inisiatif untuk terus merangsang ekonomi domestik ketika negara mengharungi kesan ketidaktentuan ekonomi global.

Selain membantu rakyat, terutama berpendapatan rendah dan sederhana menghadapi kenaikan harga barangan khususnya makanan, belanjawan tersebut dijangka terus bersifat belanjawan pengembangan dengan kerajaan menambah peruntukan perbelanjaan awam.

Ia termasuk memperkenalkan beberapa langkah bagi mengurangkan kesan kenaikan harga barangan, meningkatkan taraf hidup rakyat, merangsang pembangunan modal insan dan memperkukuhkan kedudukan negara sebagai destinasi pelaburan.

Perdana Menteri juga dijangka mengumumkan langkah dan inisiatif bagi mengukuhkan lagi usaha mencapai sasaran yang digariskan untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Penganalisis menyifatkan pembentangan belanjawan kali ini paling mencabar sebagai persiapan menghadapi jangkaan satu lagi kelembapan ekonomi ekoran masalah kewangan Eropah, kelembapan ekonomi AS serta pertumbuhan perlahan ekonomi China.

Antara langkah belanjawan yang secara umumnya dijangka dibentangkan Najib termasuk:

*Semakan skim saraan, pembayaran bonus atau kenaikan elaun sara hidup (COLA) bagi kira-kira 1.3 juta kakitangan kerajaan.

*Penurunan cukai pendapatan individu bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

*Pengumuman peraturan berhubung penetapan gaji minimum. Angka yang dicadangkan persatuan pekerja dan majikan adalah antara RM700 hingga RM1,500.

*Pengumuman menaikkan umur persaraan bagi kakitangan sektor swasta daripada 55 tahun sehingga kepada 64 tahun

*Pengurangan duti import ke atas produk makanan tertentu dan kemungkinan liberalisasi import makanan bagi menurunkan harga.

*Kemungkinan pengenalan setem makanan dan baucar tunai atau kupon bagi pengangkutan awam dan utiliti bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

*Peningkatan perbelanjaan infrastruktur dan memacukan pelaksanaan kontrak projek awam.

*Insentif merancakkan sektor pertanian, perkhidmatan serta perusahaan kecil dan sederhana. 

*Liberalisasi seterusnya sektor perkhidmatan utama serta insentif tambahan untuk sektor ekonomi utama termasuk minyak dan gas, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan profesional.

*Penswastaan atau penyenaraian syarikat milik kerajaan di pasaran saham.

    No comments:

    Post a Comment