My Add

Thursday 6 October 2011

Belanjawan bayangan pembangkang helah kaburi mata rakyat

IPOH: Belanjawan bayangan yang dikemukakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam disifatkan hanya helah politik pakatan pembangkang untuk mengaburi mata rakyat demi mendapat kuasa.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pembangkang boleh berjanji apa sahaja kerana yang penting bagi mereka adalah untuk meraih sokongan rakyat.

"Saya lihat dia (pembangkang) bercakap apa yang dia nak kerana yang penting adalah hendak memastikan rakyat menyokongnya.

"Soalnya, dia nak penuhi (janji) selepas ini dan perlu mendapat kuasa dulu. Bila nak dilaksanakan itu soal nombor dua," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas belanjawan bayangan pakatan pembangkang sebanyak RM220 bilion yang didakwa melibatkan penjimatan sebanyak RM14 bilion berbanding peruntukan yang dibelanjakan kerajaan.

Zambry berkata, belanjawan tersebut juga adalah helah pembangkang yang mahu mendahului Bajet 2012 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat ini.

"Apa yang dibentangkan Perdana Menteri pada Jumaat ini, mereka (pembangkang) akan kata kepada rakyat bahawa Perdana Menteri mengikut bajet mereka," katanya.

Sehubungan itu katanya, rakyat jangan mudah terpengaruh dengan helah pembangkang itu kerana percaya kerajaan mengambil keputusan terbaik dalam merancang bajet yang diumumkan kelak. - Utusan

No comments:

Post a Comment