My Add

Sunday 2 October 2011

Filem hantu racun minda

Tuanku Nur Zahirah menyampaikan anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Konvokesyen Ke-9 Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Terengganu, semalam. - BERNAMA

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
Lambakan cerita tahyul punca histeria: Dr Mahathir




Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin



KUALA TERENGGANU: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata lambakan cerita hantu yang ditayangkan di televisyen dan filem ketika ini boleh mempromosikan kepercayaan karut yang tidak   membantu membina masyarakat produktif, termasuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik.

Beliau berkata, lambakan cerita hantu yang bweasaskan mitos banyak menyumbang kepada serangan histeria di kalanganpelajar perempuan Melayu.

"Filem dan drama televisyen merupakan kisah hantu hanya menggalakkan kepercayaan tahyul  yang tidak mempunyai asas sama sekali Kita terutama umat Islam perlu tahu bahawz hanya Allah mempunyai kuasa  ke atas segala-galanya.

"Sebagai contoh, dalam bidang perubatan, manusia mempunyai apa yang dipanggil  sebagai 'peripheral vision (pandangan ekor mata). Jadi sekumpulan pelajar perempuan di asrama yang bercerita mengenai hantu akan melihat imbasan lembaga atau bayang-bayang melalui ekor mata dan terkena serangan histeria.

Jadi, biasanya apabila ada serangan hestieria, menjadi amalan biasa untuk mendapatkan khidmat bomoh bagi menangani masalah itu. Ini adlah pelik kerana perkattan hesteria itusendiri adalah prrkataan Ingeris yang berkaitan rahim," katanya beruca pada  ajlis konvokesyen Kesembilan Universiti Malaysia Trengganu (UMT) di sini semalam.

Pada majlis itu, beliau menerima anugerah  Ijazah Kehormat  Doktor Sains darpada Raja Permaisuri Agong , Tuanku Nur Zahirah yang turut menyampaikan Anugerah Profesor Emeritus bidang Sains Akuakultur kepada Profesor Dr Faizah Shaharo.

Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia kini perlu memberi tumpuan kepada mencari kaedah lebih saintifik untuk menyelesaikan masalah.

"Untuk bergrak dan maju ke hadapan kita perlu banyak menerapkan  cara berfikir secara  saintifik dalam menyelesaikan masalah, bukan bergantung kepada bomoh.

"Kita harus menerima hakikat bahawa kita tidak boleh mengubati orang dengan kemenyan  Dulu kita tidak ada cara lain mungkin boleh guna cara  itu. dulu jika sakit jantung pergi belah dada kita akan mati. Sekarang jika kita sakit jantung kita boleh belah (pembedahan) sebab sudah ada mesin jantung dan paru-paru, itu saintifik," kanya. - Berita Minggu
























No comments:

Post a Comment