My Add

Friday 21 October 2011

Kakitangan akademik UIA sokong Aziz Bari

JUMAAT, 21 Oktober, 2011: Harakahdaily hari ini menyiarkan keenyataan  Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PKA UIAM) menyatakan sokongannya terhadap Professor Abdul Aziz Bari di dalam menjalankan amanahnya sebagai seorang murabbi dan sarjana Perlembagaan Malaysia.

“Kami berasa terkilan atas campurtangan pihak luar ke atas sistem pendidikan di negara ini yang sepatutnya bebas dan bersifat professional,” ujar persatuan itu dalam satu kenyataan.

PKA UIAM berkata, tohmahan serta tekanan yang tidak berasaskan ilmu yang dilemparkan kepada Professor Abdul Aziz Bari hanya membuang masa dan merendahkan status negara di mata dunia.

“Professor Abdul Aziz Bari adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau,” tambah kenyataan itu.

Berikut kenyataan penuh PKA UIAM;

"Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PKA UIAM) ingin menyatakan sokongannya terhadap Professor Abdul Aziz Bari di dalam menjalankan amanahnya sebagai seorangmurabbi dan sarjana Perlembagaan Malaysia.

Kami berasa terkilan atas campurtangan pihak luar ke atas sistem pendidikan di negara ini yang sepatutnya bebas dan bersifat professional.

Tohmahan serta tekanan yang tidak berasaskan ilmu yang dilemparkan kepada Professor."

No comments:

Post a Comment