My Add

Monday 24 October 2011

Lebih 1,000 hadiri Program Pentas Patriot

KHAIRY Jamaluddin (dua dari kanan) bersama Kanang Anak Langkau (tengah) ketika menghadiri Program Pentas Patriot Malaysia Tanahairku di Dataran MPM Bukit Kepong, Muar, Johor, kelmarin.

Oleh KAMIL MASLIH

Utusan Malaysia
AHAD, 23 Oktober, 2011: Program Pentas Patriot Malaysia Tanahairku yang bertujuan menyemarakkan semangat patriotik dan jati diri generasi muda memulakan siri jelajah di Tapak Bersejarah Bukit Kepong dengan kehadiran lebih 1,000 pengunjung, malam semalam.

Program julung kali anjuran Pemuda UMNO itu membariskan wira negara yang juga penerima Pingat Gagah Berani, Datuk Kanang Anak Langkau serta Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri yang berkongsi pengalaman dan pengorbanan mereka dalam menentang pengganas komunis.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya mengadakan program jelajah itu bagi memberi kesedaran kepada golongan muda mengenai sejarah sebenar perjuangan mempertahankan kemerdekaan negara.

"Pengganas komunis bukannya wira dan mereka tidak boleh diagungkan kerana telah membunuh banyak nyawa orang Melayu, Cina dan India," katanya selepas menjayakan program itu di Dataran Majlis Perbandaran Muar (MPM), Bukit Kepong, Muar.

Khairy berkata, program Pentas Patriot akan diperluaskan ke setiap negeri dan Sungai Siput, Perak akan menjadi destinasi kedua siri jelajah itu.

Beliau berkata, pihaknya akan membawa bersama wira negara dan bekas anggota keselamatan untuk berkongsi pengalaman dengan generasi muda memandangkan golongan tersebut lebih memahami perit getir dan cabaran menentang musuh negara.

Menurutnya, isu tersebut masih relevan dan membara dalam kalangan rakyat di peringkat akar umbi kerana kenyataan pemimpin Pas, Mohamad Sabu yang mengangkat pengganas komunis sebagai hero sebenar telah menyinggung dan menimbulkan kemarahan banyak pihak.

Sementara itu, Kanang menyifatkan keamanan yang dikecapi negara pada masa kini adalah hasil kejayaan anggota tentera dan polis yang banyak berkorban bagi menentang musuh terutama pengganas komunis yang hanya menimbulkan kekacauan dan perpecahan dalam masyarakat.

No comments:

Post a Comment