My Add

Monday 17 October 2011

Najib tidak tahu definisi pilihan raya adil

Riduan Mohd Nor
Harakahdaily
ISMIN, 17 Oktober, 2011: Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan BN tidak pernah memanipulasi pilihan raya umum di Malaysia supaya kemenangan sentiasa berpihak kepada parti itu.

Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor menganggap Najib terlupa sejarah pilihan raya umum di Malaysia yang menyaksikan bagaimana BN memainkan peranan bagi memenangi setiap pilihan raya berlangsung.

“Barangkali Datuk Seri Najib tidak mengerti definisi sebenar adil menurut perspektif yang betul,” katanya. 

Untuk itu, ujarnya DPPM ingin menanyakan beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh Najib bagi membuktikan bahawa kenyataannnya betul.

Katanya, dalam sejarah pilihan raya umum berlangsung sejak dahulu sehingga sekarang, bilakah media milik kerajaan Umno BN benar-benar bersih daripada kongkongan parti pemerintah UMNO BN.

Menurutnya, setahu DPPM, tidak pernah media rasmi negara bebas dalam melaporkan hal yang sebenarnya.

Beliau berkata, Pas dan Pakatan Rakyat sejak dahulu tidak pernah mendapat liputan yang adil daripada media rasmi, malah pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat selalu ditujah dan diserang dari pelbagai penjuru bagi memburukkan imej PAS di mata masyarakat.

“Pernahkah kerajaan Najib memberi kebebasan untuk pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat tampil di media rasmi negara bagi berkempen sebagaimana pemimpin Umno perolehi setakat ini?” tanya beliau.

Dalam soal undi pos, katanya Pas telah banyak mengemukakan bukti serta saksi betapa undi pos digunakan sebagai alat untuk memenangkan parti pemerintah.

Pas, jelasnya pernah membawa beberapa orang bekas anggota tentera yang mengaku pernah mengundi banyak kali dalam sesebuah PRU.

“Adakah Najib mahu menafikan lagi hal ini?” soalnya lagi.

Katanya, memang benar ada tempat yang undi pos memihak kepada PAS, tetapi berapa sangatkah jumlah keseluruhannya berbanding undi yang diperolehi oleh UMNO BN.

Ujarnya, DPPM ingin bertanya, jika betul BN sebagai adil, bolehkah undi pos dimansuhkan dan digantikan dengan undi biasa sepertimana rakyat biasa yang lainnya.

No comments:

Post a Comment