My Add

Monday 17 October 2011

Niat suntik semangat parti - Lian Hoe


Lian Hoe
Utusan Malaysia
ISNIN, 17 Oktober, 2011: Niatnya hanyalah untuk menyuntik semangat parti sahaja tetapi sebaliknya telah menerima kritikan khususnya daripada dalam parti sendiri.

Perkara tersebut berlaku ekoran daripada kenyataan Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe semalam yang secara terbuka meminta Presidennya, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Lian Hoe, beliau tidak berniat untuk mendesak Tsu Koon supaya tidak bertanding atau meletak jawatan.

Sebaliknya, beliau menegaskan, ia adalah untuk membakar semangat ahli serta parti supaya menjadi lebih berani selepas ini.

“Saya bukannya mahu mencari publisiti murahan. Saya tiada niat pun mahu mendesak Presiden supaya meletak jawatan.

“Apa yang saya maksudkan adalah supaya para pemimpin dalam parti tanpa mengira peringkat membuat keputusan demi survival parti. Ia (kenyataan tersebut) harus dilihat sebagai suntikan untuk mengubah parti menjadi lebih berani.

“Saya sentiasa menyokong beliau (Tsu Koon). Dalam keadaan apa juga, saya akan bersama dan menyokongnya,” katanya pada ucapan penggulungan Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gerakan Ke-40 di Kuala Lumpur, semalam.

Lian Hoe juga menekankan supaya ahli-ahli Gerakan menanamkan sikap berani dan yakin untuk menang supaya parti tersebut dapat kembali seperti zaman kegemilangannya dulu.

No comments:

Post a Comment