My Add

Saturday 8 October 2011

Pembentangan Bajet 2012 berjalan lancar

SABTU, 08 Oktober: Pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selama dua jam di Dewan Rakyat semalam berjalan lancar tanpa banyak gangguan daripada pembangkang.

Cuma sekali-sekala pembangkang membuat sorakan nakal apabila Perdana Menteri mengumumkan 'durian runtuh' terutamanya semasa pengumuman bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Menariknya pembentangan bajet kali ini, pembangkang yang banyak menerima sorakan daripada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) terutama ketika Najib secara sinis mempersoal konsep negara berkebajikan pembangkang.

Malah, paling riuh pembangkang disorak apabila Perdana Menteri menegaskan bahawa kerajaan tidak akan sesekali memperlekeh jasa pejuang negara yang berjuang memerdekakan negara dari cengkaman penjajah.

Najib yang memakai baju Melayu berwarna merah hati memulakan ucapannya pada pukul 4.03 petang dengan memetik firman Allah dari surah Quraish ayat tiga dan empat sebelum menutup ucapan juga dengan memetik firman dari surah al-Hasyr, ayat tujuh.

Tidak terkecuali di akhir ucapan, beliau memberi penghormatan kepada semua Perdana Menteri terdahulu sehingga mendapat tepukan meja gemuruh daripada seluruh penyokong BN.

Pembentangan Bajet 2012 merupakan yang ketiga bagi Najib sejak beliau mengambil alih pentadbiran negara pada 2009 dan ia boleh dianggap sebagai paling menyeluruh dengan pelbagai berita baik diumumkan untuk rakyat.

Ucapan yang bertemakan 'Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara' setebal 50 muka surat itu mendapat tepukan meja bergemuruh apabila banyak 'durian runtuh' kepada penjawat awam diumumkan Perdana Menteri.

Tepukan meja sekali lagi bergemuruh apabila beliau mengumumkan sumbangan RM3,000 kepada bekas anggota keselamatan negara, duda serta balu mereka dan ketika pengumuman pemberian bonus kepada kakitangan awam.

Sepanjang menyampaikan ucapannya, beliau diberikan tepukan meja kira-kira 50 kali oleh penyokong kerajaan apabila mengumumkan langkah-langkah untuk kesejahteraan rakyat.

Ucapan bajet itu telah disokong penuh oleh Muhyiddin sebaik sahaja Najib selesai membentangkan ucapannya pada pukul 6.03 petang.

Sebaik sahaja Perdana Menteri menghabiskan ucapannya, hampir semua ahliParlimen pembangkang masing-masing mengangkat senaskhah buku berwarna jingga - Utusan

No comments:

Post a Comment