My Add

Wednesday 19 October 2011

Saya tahu apa yang berlaku, kata bekas ahli DAP

Utusan MalaysiaA
RABU,19 Oktober, Bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman mengingatkan semua pihak agar tidak mempertikaikan apa yang berlaku dalam majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, beliau sendiri berada dalam majlis berkenaan dan tahu apa yang telah berlaku ketika itu.

Beliau menjelaskan, sebarang kenyataan yang dibuat secara terbuka bagi menafikan perkara itu wujud hanya akan mencetuskan kekeliruan di kalangan masyarakat umum.

“Janganlah ada pihak mempertikaikan kredibiliti pihak berkuasa dalam menyiasat isu ini.

“Saya ada dalam majlis itu. Saya tahu apa yang berlaku,” katanya kepada Utusan Malaysia di Pulau Pinang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mencabar Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menyaman Utusan Malaysia jika yakin pendedahan akhbar tersebut mengenai agenda menjadikan Kristian agama rasmi negara ini pada Mei lalu adalah salah.

Cabaran itu dibuat sebagai menjawab dakwaan Ooi yang dipetik daripada akhbar The Sun dan disiarkan dalam portal Malaysiakini bahawa beliau mengesahkan tidak ada bukti bagi menyokong dakwaan wujud konspirasi oleh kumpulan Kristian untuk menjadikan agama itu sebagai agama rasmi Malaysia.

Ooi sebelum ini menafikan dakwaan terlibat dalam satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Wakil rakyat DAP itu mendakwa hanya hadir sebagai tetamu.

Bagaimanapun, pada 13 Mei lalu, Mohamed Razali tampil menjadi saksi dengan membuat laporan polis bagi membantu pihak berkuasa melakukan siasatan mengenai penganjuran majlis itu.

Beliau berbuat demikian setelah kecewa dengan pembohongan oleh pihak terlibat mengenai majlis berkenaan.

No comments:

Post a Comment