My Add

Friday 21 October 2011

Sebat, penjara tak munasabah: Shahrizat Jalil


Oleh Norhidayah Che Din 

Berita Harian
JUMAAT, 21 Oktober, 2011: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) berkata, penyelesaian berasaskan hukuman penjara dan sebat bagi pasangan bercerai tanpa sebab munasabah seperti dicadangkan PAS Kelantan bukan penyelesaian untuk menyelamatkan institusi kekeluargaan di negeri itu.

ShahrizatJalil profile

Beliau berkata, pasangan yang ingin bercerai sepatutnya memperbaiki kekurangan rumah tangga dengan menjalankan tanggungjawaterhadap keluarga.
“Kita banyak menerima rungutan wanita digantung tak bertali serta suami mengabaikan pemberian nafkah. Hal ini harus diberi perhatian sewajarnya sebelum mengenakan tindakan keras.
“Perubahan undang-undang harus berpandukan syariah dan membawa kebaikan terhadap institusi kekeluargaan,” katanya selepas perasmian Seminar Keluarga Komuter, di Kuala Lumpur, semalam.

Seminar dihadiri 300 peserta di kalangan badan bukan kerajaan (NGO), jabatan kerajaan dan individu terbabit dalam bidang kekeluargaan bagi mengenalpasti langkah mengatasi cabaran suami isteri yang tinggal berjauhan akibat tuntutan kerjaya atau dikenali sebagai keluarga komuter.

Shahrizat berkata, peratusan wanita keluar bekerja meningkat 50 peratus, satu pelan inisiatif perlu diwujudkan bagi mencari penyelesaian kekurangan kemudahan seperti taska dan pusat jagaan harian dalam mewujudkan keseimbangan pembangunan sosial dan ekonomi.

Katanya, tuntutan kerja dan kewangan menyebabkan suami isteri terpaksa tinggal berjauhan dan dalam masa sama, perlu menjalankan tugas sebagai ibu bapa sendirian sehingga mengundang risiko tekanan, malah ada yang terpaksa menjaga ibu bapa yang sudah uzur .

“Jadi, kementerian sedang berusaha menyediakan prasarana seperti tadika dan pusat penjagaan harian mencukupi dalam membantu mereka menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

“Ini cara membantu meringankan beban keluarga komuter, namun ia tidak mencukupi berikutan ramai majikan enggan mewujudkan prasarana seumpama ini kerana tidak melihat kepentingannya dari sudut ekonomi,” katanya. 


No comments:

Post a Comment