My Add

Thursday 20 October 2011

Tak semesti ikut kerusi tradisi

Oleh Jalal Ali Abdul Rahim

Keputusan BN letak calon PRU-13 masih perlu diteliti: Zambry

Berita Harian 
KHAMIS, 20 Oktober, 2011: Penyelarasan kepada formula pengagihan kerusi Barisan Nasional (BN) di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tidak semestinya dibuat mengikut kerusi tradisi ditandingi mana-mana parti komponen. 

Justeru, Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, meminta Ketua Wanita GERAKAN yang juga Ahli Parlimen Grik, Datuk Tan Lian Hoe bertenang kerana kepemimpinan parti akan membuat keputusan berhubung perkara itu.

Pengagihan kerusi tidak semestinya mengikut tradisi dan kita juga perlu melihat dari segi faktor calon dan kerusi yang boleh menang, selain calon itu sendiri disukai, katanya kepada pemberita di Ipoh, semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Lian Hoe yang menawarkan diri untuk bertanding kerusi Parlimen Taiping pada PRU berkenaan kerana yakin BN mampu merampas kerusi Taiping yang kini disandang DAP pada PRU 2008, berdasarkan sokongan yang semakin meningkat kepada BN. 

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu dilaporkan berkata secara tradisinya GERAKAN bertanding di Taiping, tetapi atas semangat setia kawan dalam BN, sejak 2004 kerusi Parlimen itu ditandingi Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M Kayveas.
Pada PRU-12, Kayveas tewas di Taiping apabila hanya mendapat 16,800 undi berbanding lawannya daripada DAP, Nga Kor Ming yang memperoleh 28,098 undi. 

Lian Hoe juga dilaporkan berkata kerusi Parlimen Grik yang kini disandangnya akan dikembalikan semula kepada UMNO. 

Ditanya sama ada kerusi Parlimen Grik akan diserahkan semula kepada UMNO pada PRU-13, Zambry berkata, kerusi itu secara tradisi adalah kerusi UMNO. 
Katanya, barisan kepemimpinan BN akan membuat keputusan mengenai calon dan pengagihan kerusi melalui perbincangan bersama.

No comments:

Post a Comment