My Add

Friday 21 October 2011

Tindakan UIA gantung Aziz Bari tak bertamadun


KHAMIS, 20 Oktober, 2011: Pelbagai pihak di negeri ini meluahkan rasa terkilan dan menganggap sebagai tidak bertamadun di atas tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari, lapor Harakahdaily.

“Saya cukup terkilan, sepatutnya pakar undang-undang perlembagaan itu sebagai aset negara kerana berani mengupas dalam konteks yang sedikit berbeza.

“Tetapi UIA terpaksa akur kepada BN, menghalang percambahan pemikiran. Inilah malangnya apa yang berlaku sekarang.

"Kerana tindak tanduk seumpama itulah UIA sehingga kini gagal dan terhalang daripada menjadi universiti yang berkualiti,” kata anggota Exco kerajaan negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan (gambar). 

Beliau yang juga bekas pensyarah kanan di UIA meluahkan terkejut di atas tindakan tersebut, sepatutnya ia tidak berlaku dalam masa begitu pantas.

Timbalan Ketua Penerangan Pas Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, tindakan dilakukan UIA itu merupakan satu langkah yang tidak bertamadun.

“Ini jauh sekali daripada merelaikan setiap masalah yang timbul. Sepatutnya hujah akademik dibalas dengan pandangan yang sama bagi menggambarkan kewibawaan ilmu seseorang,” ujarnya.

Anggota Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir berkata, apa yang dilakukan UIA terhadap Dr. Abdul Aziz sebagai strategi dan proses ke arah 'melenyapkan' golongan intelektual yang berani menyatakan kebenaran.

Menurutnya tindakan agresif tanpa siasatan rapi itu menjelaskan kepada rakyat, UMNO dan BN sekarang mahu kemandulan intelektual terus berlaku di negara ini.

Timbalan Ketua Penerangan Pas Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, tindakan dilakukan UIA itu merupakan satu langkah yang tidak bertamadun.

“Ini jauh sekali daripada merelaikan setiap masalah yang timbul. Sepatutnya hujah akademik dibalas dengan pandangan yang sama bagi menggambarkan kewibawaan ilmu seseorang,” ujarnya.

Anggota Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir berkata, apa yang dilakukan UIA terhadap Dr Abdul Aziz sebagai strategi dan proses ke arah 'melenyapkan' golongan intelektual yang berani menyatakan kebenaran.

Elizabeth Wong 
Menurutnya tindakan agresif tanpa siasatan rapi itu menjelaskan kepada rakyat, UMNO dan BN sekarang mahu kemandulan intelektual terus berlaku di negara ini.

UIA patut pertahan Aziz, bukan gantung

Tindakan UIAmenggantung pakar perlembagaan terkemuka, Dr. Abdul Aziz amat mendukacitakan, kata
Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong.

Katanya, UIA sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang bertaraf antarabangsa, sepatutnya mempertahankan hak ahli akademik menyuarakan pendapat dan idea.

Malangnya kata beliau, universiti tersebut bukan sahaja gagal mempertahankan Dr. Aziz apabila diserang oleh ahli politik dan media Umno, tetapi sebaliknya menggantung beliau pada hari ini.

“Dengan mengambil tindakan ini, UIA terbukti mementingkan agenda politik Umno. Transformasi yang sering dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jelas merupakan janji-janji kosong,” ujarnya. 

Katanya, universiti-universiti sepatutnya menggalakkan perkongsian pendapat dan debat untuk membuka minda masyarakat sejagat.

Beliau yang ADUN Bukit Lanjan berkata, jika seorang ahli akademik yang dihormati dihukum kerana memberi ulasan dalam bidangnya, maka semua ahli akademik secara tidak langsung akan disunyikan.

Tambahnya, tindakan menggantung Dr. Aziz merupakan bukti jelas mengapa tahap kecermelangan institusi pengajian tinggi di Malaysia tetap merudum.

“Saya menggesa UIA untuk menarik balik penggantungan ini dengan serta-merta. Hak kebebasan akademik mesti dipertahankan,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment