My Add

Thursday 20 October 2011

Tony Pua nafi anak Guan Eng mencabul

Utusan Malaysia
KHAMIS, 20 Oktober, 2011: Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menafikan dakwaan yang mengaitkan anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga cucu kepada bekas Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang dengan kejadian mencabul seorang gadis bawah umur.

Gadis itu katanya, tidak mempunyai kaitan dengan Pulau Pinang atau pernah menjalin hubungan dengan anak Guan Eng kerana Anya Sun Corke kini sedang melanjut pengajian di sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS).

"Tanpa ragu-ragu lagi bahawa ia menunjukkan dakwaan mereka, tidak lain dan tidak bukan hanya satu pembohongan yang kejam. Mereka cuba memfitnah anak lelaki Guan Eng dan mengaibkan keluarganya dengan menyebar berita yang sengaja direka.

"Perbuatan ini memalukan bangsa, agama dan negara dan bertujuan memusnahkan masa depan remaja itu. Penulis blog terbabit berdusta ketika menyiarkan gambar gadis muda itu," katanya di lobi Parlimen di Kuala Lumpur, semalam.

Dakwaan mengenai kejadian cabul itu mula panas apabila beberapa blog antaranyahttp://www.papagomo.com, http:// novandri.blogspot.com dan http://medan-info-kita.blogspot.commendakwa, kepimpinan DAP cuba menutup satu kes cabul membabit anak pemimpin parti tersebut.

Mengulas lanjut Pua berkata, identiti gadis yang dikatakan menjadi mangsa itu berjaya dibongkar Pengurus Teknologi Maklumat DAP, Goh Kheng Teong selepas ia dimuat naik oleh blog-blog terbabit.

No comments:

Post a Comment