My Add

Wednesday 12 October 2011

TPM dan isteri ucap takziah kepada keluarga Ahmad Jais

Bernama
RABU, 12 Oktober, 2011: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Ahmad Jais di atas pemergian biduan negara itu semalam.

"Saya dan isteri ingin merakamkan ucapan takziah kepada anggota keluarga Datuk Ahmad Jais di atas kepulangan beliau ke rahmatullah.

"Tentunya kepemergian Allahyarham akan dirasai bukan sahaja oleh anggota keluarga malah juga para peminat hiburan tempatan yang telah sekian lama membesar dengan lagu-lagu dendangan beliau," katanya.

Muhyiddin berkata, kelunakan suara Allahyarham tiada tolok bandingannya. 

Ahmad Jais adalah antara ikon pelbagai irama - asli, langgam, keroncong dan pop yeh yeh yang terkenal bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Singapura, Indonesia dan Brunei. 

"Kami berharap anggota keluarga Allahyarham akan tabah menghadapi kehilangan insan tersayang. Doa kami semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan semoga dihimpunkannya bersama golongan orang-orang yang soleh," katanya. 

Ahmad Jais atau nama sebenarnya Mohamad Jais Ahmad, 75, meninggal dunia pada jam 9.20 pagi semalam di Hospital Pakar Darul Ehsan, Shah Alam kerana komplikasi paru-paru.

No comments:

Post a Comment