My Add

Tuesday 25 October 2011

UPKO mahu isu Gerakan di Sabah dibincang dalam BN


ISNIN,  24 Oktober, 2011: Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) mahukan isu membabitkan parti Gerakan di Sabah dibincangkan hanya dalam mesyuarat Barisan Nasional (BN), kata presidennya Tan Sri Bernard Dompok.

Beliau berkata, ini kerana ia menyentuh prinsip anggota BN terutama parti yang berasal dari Semenanjung, lapor Bernama.

"Walaupun, pada prinsipnya parti-parti dari Semenanjung tidak digalakkan bertanding di Sabah, namun banyak parti dari Semenanjung yang sudah bertapak di Sabah.

"Secara prinsipnya kita tidaklah boleh meminta mereka “berundur” begitu saja. Sebab itu, kita perlu berbincang di meja bulat bagaimana mengatasinya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian insentif tanam semula dan tanam baru getah di Pusat Kebudayaan, di Penampang, hari ini.

Dompok yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi diminta mengulas kenyataan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup semalam yang menyatakan sokongan terhadap seruan agar Gerakan menumpukan usaha memenangi kerusi BN di Semenanjung berbanding meletakkan calon di Sabah. 

No comments:

Post a Comment