My Add

Sunday, 2 February 2014

Adik-beradik dari Sweden gembira pulang ke tanah air

SEPANG, SABTU, 01 Februari, 2014: Empat beradik anak kepada pasangan warga Malaysia yang ditahan di Sweden, selamat tiba ke tanah air dari Stockholm pukul 7.04 pagi ini.

Empat beradik itu iaitu Aishah Azizul Raheem, 14; Ammar, 12; Adam, 11; dan Arif, 7, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS).

Ketibaan mereka diiringi Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin dan seorang saudara keluarga itu.

Aishah ketika ditemui gembira dapat pulang ke Malaysia, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Kami gembira dapat balik ke sini," katanya.

Ditanya lanjut tempat yang akan dituju selepas ini, Aishah juga tidak pasti. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment