Anwar dibidas jadikan PRK Kajang perisai kes peribadi
Oleh SAHBULAH DARWI
SUNGAI BULOH, AHAD, 16 Februari, 2014: Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas kerana menjadikan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebagai pentas dan perisai untuk menghadapi kes-kes peribadinya.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) sering menjaja bahawa pilihan raya kecil itu sebagai pentas strategik untuk menawan Putrajaya, namun langkah tersirat sebenar adalah kerana kepentingan peribadi Ketua Pembangkang itu.
''Pentas strategik itu adalah langkah tersurat Anwar tetapi yang tersirat ialah dia mahu menjadikan Kajang sebagai perisai untuk menghadapi kes-kesnya,'' katanya ketika berucap merasmikan Seminar Pemantapan Jentera Penerangan UMNO Bahagian Subang di Dewan Hospital Sungai Buloh di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment