![]() |
* MUHYIDDIN Yassin bertukar dokumen dengan Menteri Pendidikan Belia dan Sukan Kemboja, Dr. Hang Chuon Naron (depan, kanan) selepas menandatangi memorandum persefahaman di Phnom Penh, Kemboja, semalam. Turut kelihatan, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (tiga dari kiri) dan Duta Malaysia ke Kemboja, Raszlan Abdul Rashid (kiri). - BERNAMA |
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, MoU itu menggariskan rangka kerjasama yang boleh dijalinkan dalam bidang pendidikan dengan skop yang tidak terbatas.
Katanya, perkara itu adalah bertepatan dengan permintaan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen yang berharap Malaysia memberikan latihan pendidikan selain akreditasi serta pemindahan kredit bagi kursus tertentu di universiti negara ini.
"Sebagai contoh, latihan perguruan, membangunkan kurikulum, kerja sama penyelidikan antara universiti serta peluang untuk pelajar negara ini melanjutkan pelajaran di Malaysia.
"Skop kerjasama ini tidak terbatas, selepas ini akan ada perbincangan terperinci, (mengenai) apa perkara yang boleh kita kenal pasti untuk tujuan itu," katanya dalam sidang akhbar bersama wartawan Malaysia di sini hari ini.
MoU itu dimeterai dalam mesyuarat dua hala antara Muhyiddin dengan Menteri Pendidikan, Belia dan Sukan Kemboja, Dr. Hang Chuon Naron di sini hari ini.
Dalam MoU itu, Malaysia diwakili Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan manakala Kemboja diwakili Chuon Naron.
Mengenai aspek penjagaan kualiti dalam kerjasama antara universiti di kedua-dua buah negara, Muhyiddin menegaskan Malaysia mempunyai standard dan badan penarafannya.
Katanya, seandainya pemindahan kredit hendak dibuat, Malaysia akan membuat pengiktirafan akreditasi terlebih dahulu sebagaimana amalan biasa dalam kerjasama dengan mana-mana universiti asing sebelum ini. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment