My Add

Saturday, 15 February 2014

Hakim lain kendali kes Raja Nong Chik saman Nurul Izzah

KUALA LUMPUR, JUMAAT,14 Februari, 2014:nggi di sini hari ini membenarkan permohonan bekas menteri, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin supaya kes saman fitnahnya terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, didengar di hadapan hakim lain.

Permohonan melucutkan kelayakan Hakim Datin Yeoh Wee Siam itu dibuat secara lisan melalui peguam Ellia Zuraini Mat Zain yang mewakili Raja Nong Chik setelah hakim itu sebelum ini mendedahkan bahawa beliau merupakan pengundi berdaftar di Lembah Pantai.

Ekoran perkembangan tersebut, kes itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Rosnaini Saub pada suatu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu memfailkan saman pada 17 Julai tahun lalu terhadap Nurul Izzah berhubung dakwaan urus niaga pembelian 4.85 hektar tanah bernilai tinggi di Bukit Kiara.

Selain Nurul Izzah, 34, Raja Nong Chik, 61, menamakan syarikat Mkini Dotcom Sdn. Bhd. selaku pemilik portal berita Malaysiakini, dan wartawannya, Lu Wei Hoong masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Nong Chik menyatakan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada 4 Mei 2013 telah mendakwa kononnya beliau terlibat dengan urusan pindah milik tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Bukit Kiara yang telah diberikan kepada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Beliau mendakwa, pernyataan fitnah kedua dan ketiga kemudian telah dibuat serta diterbitkan di laman web www.malaysiakini.com pada tarikh yang sama bertajuk, Nurul persoal RNC dalam urus niaga RM475 juta dan Nurul queries Nong Chik's role in RM475mil deal.

Menurut plaintif, pihak defendan menyatakan, perkataan-perkataan itu membawa maksud antaranya, beliau tidak jujur, terlibat dalam kegiatan rasuah dan tidak boleh dipercayai.

Justeru itu, Raja Nong Chik menuntut ganti rugi teruk dan teladan serta memohon perintah injunksi agar pihak defendan tidak menerbitkan sebarang perkataan fitnah serta perintah memaksa mereka membuat permohonan maaf berdasarkan terma yang dipersetujui oleh beliau. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment