My Add

Monday, 3 February 2014

Ibu, anak antara 3 maut akibat terlanggar babi hutan

Oleh ROSALINDA MD.SAID

KUALA TERENGGANU, ISNIN, 03 Februari, 2014: Seorang ibu dan anak perempuannya antara tiga yang maut apabila kereta Proton Wira yang dinaiki mereka terlanggar seekor babi hutan di Kilometer 48, Kampung Bari Sungai Tong, Setiu, di sini pagi ini.

Dalam kemalangan pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Wan Nor Azeen Wan Ghazali, 24, dan ibunya, Rokiah Ab.Rahim, 69, maut di tempat kejadian manakala adiknya, Wan Nor Sofiana, 15, cedera parah.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Surpitendan Abdul Rahman Raja Mohamed berkata, nahas berlaku selepas kereta yang dipandu Wan Nor Azeen dari arah Kuala Terengganu ke Kota Bharu itu terbabas ke kanan jalan dan bertembung dengan kereta jenis Toyota Inova serta Perodua Kelisa dari arah bertentangan.

Katanya, pemandu kereta Inova, Mohd. Fauzi Ibrahim, 46, dilaporkan cedera parah manakala pemandu Kelisa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Turut maut akibat rempuhan itu adalah seorang pelajar, Mohd. Farham Mohd. Fisol, 16 yang merupakan salah seorang daripada lima penumpang Innova.

"Wan Nor Azeen yang merupakan pelajar Universiti Malaysia Pahang dan ibunya mati di tempat kejadian manakala Mohd. Farham di Hospital Setiu," katanya di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, antara mangsa lain yang cedera ringan ialah anak Mohd. Fauzi iaitu Mohd. Shakir, 17, dan Husna Mardhiyah, 15. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment