Kerajaan baharu Lebanon diumumkan
BEIRUT, AHAD, 16 Februari, 2014: Lebanon, semalam, mengumumkan pembentukan kerajaan baharu selepas mengalami masalah politik dalaman selama 10 bulan berikutan kesan pertempuran di negara jiran, Syria.
Sebelum ini, kerajaan sementara ditubuhkan bagi mentadbir negara selepas bekas Perdana Menteri, Najib Mikati meletak jawatan pada Mac, tahun lalu disebabkan pertelagahan antara parti Syiah dan Sunni, serta diburukkan lagi dengan sokongan mereka terhadap kumpulan penentang kerajaan di Syria.
Perdana Menteri, Tammam Salam mengumumkan dalam ucapannya, kerajaan baharu itu ditubuhkan atas dasar perpaduan, dan berharap sesi pemilihan Parlimen dapat diadakan selepas mandat Presiden, Michel Suleiman tamat pada Mei ini. - REUTERS/UTUSAN
No comments:
Post a Comment