HULU LANGAT, SABTU, 01 Februari, 2014: Siasatan polis mengesyaki suspek kes kelar dan menetak anaknya di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi di sini kelmarin, mengalami masalah mental.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, ini berdasarkan keterangan daripada ahli keluarga dan jirannya yang mendakwa lelaki itu menghadapi masalah kemurungan.
Katanya, pengesahan tentang tahap kesihatan suspek bagaimanapun hanya akan diputuskan oleh mahkamah.
"Mahkamah akan membuat keputusan sama ada suspek perlu dirujuk kepada pakar psikiatri atau sebaliknya selepas pertuduhan terhadap lelaki itu dilakukan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Kompleks Sukan Mini Bandar Baru Bangi yang akan dijadikan pusat penamaan calon sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang di sini hari ini.
Abdul Rahim berkata, soal siasat terhadap suspek termasuk pembabitannya dalam ajaran sesat belum selesai kerana lelaki itu masih menerima rawatan ekoran kecederaan yang dialami selain suasana di hospital yang tidak sesuai.
Menurut beliau, kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara tidak lama lagi.
"Kita akan siasat dari semua sudut. Sekarang kita soal siasat dia secara minimum. Ini reman pertama, mungkin selepas reman kedua kita akan lengkapkan kertas siasatan," jelas beliau.
Dalam kejadian di rumah keluarga tersebut, anak bongsu suspek, Zulaikha, 7, maut selepas dikelar di leher manakala dua lagi anaknya, Liyana, 12, cedera di belakang leher serta putus ibu jari dan telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur manakala adiknya, Mariam, 10, yang cedera di belakang kepala dan tangan dirawat di Hospital Kajang. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment