My Add

Saturday, 22 February 2014

Mei Fun berazam teruskan rekod cemerlang

Oleh SOFIAN BAHAROM

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 21 Februari, 2014: Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Chew Mei Fun berazam untuk meneruskan rekod kecemerlangannya dalam mendampingi dan membantu rakyat sekiranya menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN berkenaan 23 Mac ini.

Beliau berkata, kepercayaan daripada pengundi itu akan digalasnya bagi menyatupadukan kekuatan BN di Selangor di samping menjamin suara daripada segenap lapisan masyarakat didengari di dalam DUN negeri itu.

"Dengan ini, saya memohon restu dan sokongan daripada pengundi-pengundi Kajang supaya dapat dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang yang mana dapat memperkuatkan lagi parti pembangkang dalam peranan kami sebagai 'check and balance' kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

"Sekiranya ditakdirkan kemenangan, ini bukan anugerah kepada semata-mata Chew Mei Fun sebagai sebagai seorang individu yng masuk ke DUN, tetapi melambangkang DUN dapat ke arah sistem dua parti yang lebih sihat dan bersesuaian dengan ciri-ciri kepelbagaian negara kita," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Mei Fun, 50, sebagai calon BN untuk DUN Kajang.

Mengulas lanjut, Mei Fun menjelaskan, berdasarkan rekod pencapaian saya sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (sebelum ini), beliau berikrar akan terus menjadi seorang wakil rakyat yang mudah didampingi, dihubungi dan benar-benar membantu rakyat. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment