![]() |
* NAJIB Tun Razak dan Khalid Abu Bakar (kanan) melawat balu anggota Polis Unit Tindakan Khas, Inspektor Mohammad Azri Ismail, Nor Hayati Ismail (empat, kiri) di Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA |
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Komisioner Asmawati Ahmad berkata, mangsa, Inspektor Mohamad Azri Ismail, 33, disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada pukul 7.45 pagi selepas 14 hari koma.
"Jenazah Allahyarham Mohamad Azri disembahyangkan di Masjid Bukit Aman pagi ini dan akan dikebumikan di kampung halaman beliau di Pasir Mas, Kelantan," katanya di sini hari ini.
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir di Masjid Bukit Aman bagi menziarahi jenazah pegawai Gerakan Unit Selam Tempur itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Dalam kejadian pada pukul 4.15 petang itu, mangsa bersama seorang lagi anggota UTK dalam perjalanan ke Lumut, Perak untuk menghadiri kursus sebelum terlibat kemalangan.
Akibat kemalangan itu, mangsa yang duduk di bahagian penumpang belakang van Perodua Rusa parah akibat tertusuk besi pagar dawai pada rusuk kanan manakala rakannya Lans Koperal Azrie Abu Yamin mendapat kecederaan ringan.
Menurut Asmawati, Mohamad Azri meninggalkan seorang balu yang kini sedang mengandung dua bulan dan tiga anak lelaki berusia dua, empat dan lapan tahun. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment