My Add

Sunday, 2 February 2014

PM ucap terima kasih kepada kerajaan Sweden

KUALA LUMPUR, SABTU, 01 Februari, 2014: Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Sweden kerana memberi pertimbangan khas kepada Malaysia untuk membawa pulang empat anak Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal pulang ke negara ini.

Perdana Menteri turut memberi jaminan kerajaan akan memastikan kebajikan mereka terjamin serta berusaha membantu Azizul Raheem dan isterinya yang masih ditahan di Sweden.

Beliau berkata demikian ketika menyambut kepulangan kanak-kanak terbabit iaitu Aishah, 14, dan adik-adiknya iaitu Ammar, 12; Adam, 11; dan Arif, 7; bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di kediamannya di Taman Duta, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment