My Add

Tuesday, 4 February 2014

Polis marin rampas 60kg ikan yang dibom

SEMPORNA, SELASA, 04 Februari, 2014: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna merampas 60 kilogram ikan pelbagai spesies bernilai kira-kira RM300 yang ditangkap menggunakan bahan letupan di perairan Labuan Haji semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohammad Madun berkata, dalam operasi kira-kira pukul 5 petang itu, pihaknya turut menahan tiga warga asing berumur antara 15 hingga 30 tahun serta merampas dua buah bot yang dipercayai digunakan dalam aktiviti itu.

"Kami juga turut merampas peralatan yang digunakan dalam aktiviti mengebom ikan itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 26 (1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan bahan letupan.

Sehubungan itu, Mohammad berkata, pihaknya akan mempertingkatkan operasi bagi membanteras kegiatan seumpama itu yang boleh merosakkan ekosistem dan menjejaskan industri pelancongan negara. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment