My Add

Sunday, 16 February 2014

Rakyat mesti hormat sultan - MB

HULU LANGAT, SABTU, 15 Februari, 2014: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan seorang wanita berusia 27 tahun yang mencetuskan provokasi melampau melalui laman sosial Facebook terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau berkata, tindakan itu bukan sahaja menimbulkan hasutan untuk membenci Sultan Selangor malah mengandungi cacian serta fitnah melampau yang menjejaskan reputasi baginda sebagai pemerintah.

"Menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk menghormati Sultan, Rukun Negara dan Perlembagaan. Rakyat perlu tertib bagi memastikan negara dijaga dengan penuh tanggungjawab berserta adat dan istiadat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Gaya Hidup Sihat 2014 peringkat negeri di sini hari ini.

Rabu lalu, seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung status Facebooknya yang mengandungi hasutan, cacian dan fitnah melampau terhadap Sultan Selangor.

Wanita yang dipercayai pemilik akaun Facebook dengan nama Josephine Mary itu ditahan di rumahnya di Kajang di sini, untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan pada sebelah petang dengan jaminan polis.

Sementara itu, Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) dan Majlis Perundingan Melayu (MPM) bergabung membuat laporan polis terhadap Josephine Mary.

Setiausaha PAUiTM, Shukri Ishak dan Setiausaha Biro Politik MPM, Roslan Zainal Abidin ditemui pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, kelmarin. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment