![]() |
*SEBAHAGIAN penunjuk perasaan berlindung di sebalik perisai ketika bertempur dengan anggota polis selepas mereka berjaya menawan kembali Dataran Kebebasan di Kiev, Ukraine, semalam. - AFP |
Menurut CNN, angka korban tersebut disahkan kumpulan perubatan yang menyebelahi penunjuk perasaan dengan lebih 500 lagi dilaporkan cedera dalam kejadian hari ini, hanya dua hari selepas pertempuran malam Selasa lalu menyaksikan 28 orang terbunuh.
Keadaan di ibu negara terus huru-hara apabila beribu-ribu penunjuk perasaan bertindak melempar bom petrol dan batu ke arah polis di Dataran Kebebasan untuk merampas kembali lokasi utama demonstrasi sejak tiga bulan lalu, menyebabkan polis kemudian membalas dengan melemparkan bom tangan.
Bagaimanapun, penunjuk perasaan yang memakai topeng berjaya mengambil alih kawalan di keseluruhan dataran tersebut selepas memaksa pasukan polis berundur.
Polis turut menggunakan peluru getah untuk mematahkan serangan tersebut dan mendakwa penembak curi yang bersembunyi di sebuah bangunan mencederakan 20 anggota mereka.
Pada masa sama, Kementerian Dalam Negeri menyatakan, sebanyak 67 anggota polis ditawan penunjuk perasaan antikerajaan di Kiev.
Pasukan polis dibenar menggunakan senjata masing-masing untuk membebaskan anggota-anggota terbabit," jelas kementerian itu dalam satu kenyataan.
Seorang jurugambar AFP, menyaksikan peluru hidup digunakan dalam pertempuran tersebut, namun tidak dapat dipastikan siapakah yang melepaskan tembakan itu.
Pertempuran terbaharu itu membatalkan perjanjian damai antara Yanukovych dengan parti pembangkang yang dicapai beberapa jam sebelumnya selepas pertempuran berdarah antara penunjuk perasaan dan polis kelmarin.
Dalam pada itu, Datuk Bandar Kiev, Volodymyr Makeyenko mengumumkan peletakan jawatan hari ini, berikutan kejadian ganas dalam tunjuk perasaan yang menyebabkan ramai orang awam terkorban.
Menurut kenyataan Makeyenko, hal itu disifatkan sebagai satu tragedi.
"Saya memutuskan untuk meletak jawatan dan akan meneruskan tanggungjawab peribadi terhadap penduduk bandar Kiev," katanya. - AFP/UTUSAN

No comments:
Post a Comment