My Add

Saturday, 15 February 2014

Warga Vietnam diberkas cuba seludup dadah jenis syabu

ALOR SETAR, SABTU, 15 Februari, 2014: Seorang warga Vietnam yang cuba menyeludup lebih tiga kilogram syabu bernilai RM630,000 diberkas sebaik sahaja memasuki negara ini melalui Kompleks Imigresen, Bukit Kayu Hitam di sini, Rabu lalu.

Lelaki berusia 31 tahun itu ditahan anggota penguatkuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), sebaik selesai menjalani pemeriksaan imbasan di Unit Pemeriksaan Penumpang Laluan Bas dan Pejalan Kaki di kompleks itu, kira-kira pukul 4.40 petang.

Pengarah JKDM, Datuk Abd Aziz Abdul Latif berkata, apabila curiga dengan kandungan beg galas yang dibawa suspek, pihaknya telah melakukan pemeriksaan menyeluruh dan berjaya menemui kira-kira 3.3 kilogram disyaki dadah jenis syabu disembunyikan. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment