My Add

Thursday, 15 May 2014

245 mati, 450 lagi berjaya diselamatkan di lombong Turki

ANKARA, KHAMIS 15 Mei, 2014: Turki meletakkan angka kematian akibat letupan lombong yang dahsyat itu seramai 245 pekerja dan seorang pengendali lombong arang batu itu menyatakan bahawa hampir 450 pekerjanya yang lain telah diselamatkan.

Menteri Tenaga Turki, Taner Yildiz berkata, kebakaran yang sedang berlaku dan asap toksik karbon monoksida telah menghalang usaha menyelamat di lombong di bandar barat Soma.

Pengendali lombong tersebut, Soma Komur berkata dalam satu kenyataan bahawa kira-kira seramai 450 pekerjanya telah diselamatkan sejak letupan itu berlaku kelmarin. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment