My Add

Thursday, 15 May 2014

8 maut wabak taun di Filipina

ALAMADA, KHAMIS 15 Mei, 2014: Seramai lapan mangsa maut dan 496 lagi jatuh sakit selepas dipercayai diserang wabak taun dan beberapa lagi penyakit berjangkit di kawasan pedalaman Filipina, kata pihak berkuasa semalam.

Wabak yang berpunca daripada air tercemar itu, menyebabkan kebanyakan mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak dari selatan Alamada mengalami cirit-birit, kata ketua unit penyakit berjangkit di sebuah agensi kerajaan, Lyndon Lee Suy.

Lee Suy berkata, seramai lapan mangsa maut manakala 496 yang lain jatuh sakit, termasuk 144 yang masih dirawat di hospital. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment