![]() |
Menurut laman web arabnews.com, lima orang lelaki merupakan antara mangsa terbaharu jangkitan virus tersebut, manakala mangsa termuda merupakan seorang wanita berusia 45 tahun yang meninggal dunia di Riyadh.
Sebanyak 20 orang penghidap virus itu merupakan lelaki dan 12 orang wanita.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Arab Saudi, sehingga kini sejumlah 463 orang telah dijangkiti wabak MERS-CoV.
Sementara itu, antara pesakit yang berjaya pulih sepenuhnya daripada MERS-CoV adalah seorang remaja wanita berusia 16 tahun yang dibenarkan keluar dari hospital di Riyadh dan seorang wanita berusia 54 tahun di Jeddah.
Selasa lalu, seorang jururawat berusia 45 tahun dari Filipina meninggal dunia akibat virus tersebut di King Fahd Medical City di Riyad.
Satu sumber di hospital tersebut berkata, kematian jururawat itu telah dimaklumkan kepada Kedutaan Filipina, sambil menambah kata, tiga lagi jururawat terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki turut dijangkiti virus itu dan kesemua mereka kini dikurantin di hospital tempat mereka bekerja.
Sementara itu, di Dammam yang terletak di wilayah timur negara ini, ramai penjual daging unta tidak menjalankan urusan penjualan kerana bimbang dijangkiti virus tersebut.
Tindakan tersebut dibuat selepas Menteri Kesihatan, Adel Fakeih mengeluarkan amaran supaya orang ramai mengelak mengambil hidangan daging unta dan susu. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment