My Add

Thursday, 1 May 2014

Aburizal sedia jadi calon Naib Presiden Prabowo

JAKARTA, khamis, 01 Mei, 2014: Ketua Umum Parti Golongan Karya (Golkar), Aburizal Bakrie menegaskan pakatan dengan Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) untuk merebut jawatan presiden dan naib presiden pada Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden, 9 Julai depan, bakal menjadi kenyataan.

Aburizal berkata, walaupun Parti Golkar dan Gerindra sudahpun menamakan bakal calon presiden masing-masing, perkara itu masih boleh dipertimbangkan oleh kedua-dua parti berkenaan.

"Boleh jadi dia (Prabowo Subianto) menjadi nombor satu (calon presiden), saya nombor dua (calon naib presiden). Boleh juga sebaliknya," kata Aburizal kepada pemberita di sini, Rabu.

Aburizal dan Prabowo, yang juga Ketua Umum Gerindra, mengadakan pertemuan empat mata di kediaman pemimpin Golkar itu pada Selasa lepas untuk membincangkan kerjasama politik menjelang Pemilu presiden akan datang.

Pertemuan itu mendapat liputan meluas media massa berikutan kedua-dua parti berkenaan, masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga dalam proses pengiraan awal Pemilu Parlimen, 9 April lepas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment