My Add

Wednesday 28 May 2014

Ahli keluarga mangsa MH370 mahu jumpa Najib

BEIJING, RABU 28 Mei, 2014: Ahli keluarga kepada penumpang China yang hilang bersama-sama dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, menyuarakan harapan untuk berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengadakan lawatan ke negara ini sehingga 1 Jun.

Jawatankuasa yang mewakili ahli keluarga mangsa melalui laman sosial Weibo berkata, sebelum ini, mereka membuat permohonan untuk berjumpa Najib melalui telefon, e-mel, surat kepada MAS, pegawai kerajaan China dan Malaysia.

"Adakah permintaan kami disampaikan kepada pihak atasan?," jelas kenyataan tersebut yang merujuk laporan Kementerian Luar China yang memaklumkan tidak menerima sebarang permohonan sedemikian. - AGENSI/UTUSAN

No comments:

Post a Comment