![]() |
* AHMAD Said (tengah) melawat PB Square yang sepatutnya sudah siap tahun lalu tetapi masih dalam pembinaan di Kuala Terengganu, Terengganu, semalam. - UTUSAN/Shaifudin Mohd. Nor |
Beliau yang kecewa dengan kecuaian pihak kontraktor terbabit turut memberi amaran bahawa mereka bakal menanggung risiko dengan denda RM17,500 sehari jika masih gagal menyiapkan projek itu sehingga 8 Mei ini.
Menurutnya, mengikut jadual asal, projek mercu tanda baharu setinggi 18 tingkat di Jalan Engku Embong Fatimah di sini menelan kos kira-kira RM150 juta itu sepatutnya siap pada Julai lalu.
Namun, katanya, disebabkan kelewatan, kerajaan memberi tiga kali fasa lanjutan masa (EOT) kepada kontraktor berkenaan bagi menyiapkan projek tersebut iaitu dari 21 Julai 2013 hingga 31 Disember 2013 diikuti 1 Januari 2014 hingga 31 Mac lalu dan terakhir 1 April hingga 8 Mei ini.
Sekarang, projek ini sudah lewat 304 hari dan kerajaan terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM9 juta. Kontraktor tak fikir ke apa masalah yang kerajaan hadapi. Kita kena tanggung semua ini termasuk dijadikan isu politik pihak pembangkang.
Kita beri tempoh sehingga 8 Mei ini, jika tak siap juga, kita terpaksa kenakan denda kepada kontraktor terbabit dan mereka kena bayar RM17,500 sehari kepada pemilik projek ini iaitu PMINT (Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meninjau kerja-kerja pembinaan projek PB Square tersebut.
Ahmad menegaskan, jumlah denda yang bakal dikenakan ke atas kontraktor terbabit adalah bergantung kepada berapa lama mereka mampu menyiapkan sepenuhnya projek tersebut, selepas tamat tempoh EOT yang ditetapkan.
Berdasarkan pemerhatian, saya yakin projek ini tak mampu disiapkan pada 8 Mei ini, tiada maaf bagimu dan pihak kontraktor kena bertanggungjawab dan bayar denda (RM17,500 sehari), kalau lama lagi siap, makin banyaklah denda yang mereka kena bayar," ujarnya.
Beliau turut menyatakan kebimbangan dengan kegagalan menyiapkan setiap projek mengikut jadual memandangkan banyak lagi projek pembangunan akan dilaksanakan di negeri ini.
Kompleks PB Square mengandungi empat tingkat podium perniagaan, satu tingkat tempat letak kereta bawah tanah selain tempat letak kenderaan bertingkat (tiga tingkat), sebuah blok hotel (17 tingkat) dan sebuah blok pejabat (17 tingkat). - UTUSAN
No comments:
Post a Comment