My Add

Saturday, 10 May 2014

Amal gaya hidup sihat

PUTRAJAYA, SABTU, 10 Me, 2014: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan agar rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat untuk membentuk modal insan yang sihat dan cergas.

Beliau berkata, kesihatan yang terjaga diyakini mampu menjadikan seseorang individu itu memperoleh kehidupan lebih bahagia.

"Walaupun kita berilmu tinggi, berharta, berpangkat tinggi atau memiliki berjuta-juta aset, kecergasan dan kesihatan tubuh badan tidak dapat ditukar ganti dengan segala-galanya.

"Justeru, janganlah berlengah lagi dan marilah kita bertekad mengamalkan gaya hidup sihat agar menjadi satu amalan dalam kehidupan seharian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Jalan Ria 1Murid 1Sukan sempena Program Kecergasan Kementerian Pendidikan 2014 di Dataran Istana Kehakiman di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment