My Add

Friday, 9 May 2014

El Nino: Pengeluaran beras negara dijangka terjejas teruk

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 09 Mei, 2014: Sektor penanaman padi dan industri pengeluaran beras negara dijangka terjejas teruk jika benar fenomena El Nino melanda negara pertengahan tahun ini sebagaimana dijangka pakar alam sekitar.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub sehubungan itu berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat dengan semua pihak berkaitan bagi mencari langkah-langkah penyelesaian.

"Kita akan mempertimbangkan semua langkah termasuk mengimport lebih banyak beras. Jaminan kita, bekalan beras tidak terjejas tetapi jika El Nino melanda Asia Tenggara kita terpaksa melihat kepada negara lain seperti India.

"Soal kebajikan petani juga perlu diambil kira terutama pesawah yang dijangka terjejas teruk," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment