Oleh THOMAS CHONG
SEPANG, RABU, 30 April, 2014: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan berkunjung ke Australia minggu depan untuk berbincang mengenai fasa baharu pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Hishammuddin berkata, perbincangan dengan semua pihak berkepentingan di negara tersebut akan menyentuh mengenai kos operasi terutama apabila misi mencari pesawat itu kini memasuki fasa pencarian laut dalam.
Kita tidak pernah berbicara soal wang sebelum ini. Apabila masuk ke peringkat carian lautan dalam, kita perlu berbincang tentang soal kos dan akan diteliti bersama rakan-rakan berkepentingan.
Dengan konsensus dicapai, soal tentang perkongsian kos mungkin diumum pada minggu depan," katanya kepada pemberita selepas menaiki KLIA Transit dari Putrajaya ke terminal klia2 di sini hari ini.
Hishammuddin berkata, isu kos pencarian pesawat MH370 hanya boleh ditentukan jika tiga persoalan mengenai kawasan carian, aset yang diperlukan dan siapa yang memiliki aset berkenaan dapat dimuktamadkan.
Perkara ini akan ditentukan oleh tiga jawatankuasa iaitu jawatankuasa teknikal, aset dan ahli keluarga yang ditubuhkan sebelum ini," katanya.
Tambahnya, beliau telah mendapatkan lampu hijau daripada Kabinet untuk mengadakan perbincangan dengan pihak Australia.
Dalam perkembangan berkaitan Hishammuddin berkata, beliau akan mengadakan sidang akhbar esok untuk mengumumkan laporan awal berhubung kehilangan pesawat MH370. - UTUSAN
![]() |
* HISHAMMUDDIN Tun Hussein, Abdul Rahman Dahlan (kiri), Fadilah Yusof (dua dari kiri) dan Abdul Hamid Mohd. Ali (empat dari kanan) meninjau ruang legar klia2 selepas perasmian Stesen Express Rail Link klia2 di Sepang, semalam. - UTUSAN/Saiful Bahari Ashari |
Hishammuddin berkata, perbincangan dengan semua pihak berkepentingan di negara tersebut akan menyentuh mengenai kos operasi terutama apabila misi mencari pesawat itu kini memasuki fasa pencarian laut dalam.
Kita tidak pernah berbicara soal wang sebelum ini. Apabila masuk ke peringkat carian lautan dalam, kita perlu berbincang tentang soal kos dan akan diteliti bersama rakan-rakan berkepentingan.
Dengan konsensus dicapai, soal tentang perkongsian kos mungkin diumum pada minggu depan," katanya kepada pemberita selepas menaiki KLIA Transit dari Putrajaya ke terminal klia2 di sini hari ini.
Hishammuddin berkata, isu kos pencarian pesawat MH370 hanya boleh ditentukan jika tiga persoalan mengenai kawasan carian, aset yang diperlukan dan siapa yang memiliki aset berkenaan dapat dimuktamadkan.
Perkara ini akan ditentukan oleh tiga jawatankuasa iaitu jawatankuasa teknikal, aset dan ahli keluarga yang ditubuhkan sebelum ini," katanya.
Tambahnya, beliau telah mendapatkan lampu hijau daripada Kabinet untuk mengadakan perbincangan dengan pihak Australia.
Dalam perkembangan berkaitan Hishammuddin berkata, beliau akan mengadakan sidang akhbar esok untuk mengumumkan laporan awal berhubung kehilangan pesawat MH370. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment